Wednesday, April 29, 2009

OHH...HUJAN, DIANTARA AIRMATAMU

Airmata berlinang bila jiwa kita dibelai perasaan sedih, mungkin juga terlalu gembira atau terpalit zarah-zarah debu namun bila ia mengalir jiwa itu pasti merasai kedinginannya. Sukar untuk aku gambarkan perasaan saudara-mara ku kini yang meratapi tubuh kaku menjemput pangilan Ilahi. Lewat kelmarin ibu saudaraku di Kampung Telang, meninggalkan tebingan Jelai sepi, yang dulunya sering menjadi laman rezeki dan riadah, meninggalkan pucuk daun kesum kusam tak dipetik dan tiada lagi haruman gulai tempoyak patin , ayam kampung atau seangkatan denganya.Doaku agar rohmu dikalangan solehah, ibu saudaraku Mak De Siah dalam kenangan . Salam Takziah buat Pak De Mail dan ahli keluarga.
Airmata berlinang meniti pipi dan kenangan lalu mengusik jiwa selang kesedihan saudaraku dikampung masih basah kedinginan Bapa Saudaraku di Kuantan Pahang pulang mengamit pangilan Ilalhi. Pak Cu Din, semoga Allah cucuri rahmat ke atas rohmu dan ditempat antara mereka yang soleh. Begitulah ketentuan Ilahi yang hidup pastikan kembali kesisi pengciptanya. Dapat ku rasakan betapa sedihnya jiwa-jiwa saudara-mara ku disaat ini. Dua dari ahli keluarga kami tiada lagi hilai tawa dan gurau senda mereka. Salam Takziah kami sekeluarga untuk Mak Cu Ani sekeluarga.
Airmata berlinang meniti pipi dan kini meratapi bibir dan kesedihan mengusik jiwaku.... sabarlah adindaku yang baru sahaja keguguran. Tiada lafaz dapat aku suarakan tiada madah dapat aku coretkan melain kalian yang mengetahuinya. Salam Takziah untuk adinda semoga tabah menghadapi segalanya.


YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.
Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN.

2 comments:

  1. zana baru jer ingat nak bagitau...mak dah kol abelong yer? tula...simpati kat keluarga makchu... saya dah berckp dgn makchu...makchu mmg kedengaran sgt strong la kan... lg pun mak ckp makchu dah lama prepare... kimi pula balik kuantan hari ni..hantar kak nor pantang kat sana... kesian kat dia...tak der rezeki dia...InsyaAllah ada lah tu nnt... esok saya sekeluarga kena pegi pontian..ady outstation...abelong ngan family aper khabar? kome sihat jer... minggu lepas paezah ada nak pesan brg... patung panda yg kecil boleh lekat kat cermin kereta tu... minggu ni dapat berita macam tu pula dari family dia...

    ReplyDelete
  2. Hai... Mummy De... kami semua sihat... skrg nie sjuk skt >20 ...Salam Rindu dari kami... uuummmphhhhh

    ReplyDelete