Monday, August 31, 2009

Gelora Cinta Ku IV - Salam Merdeka

Salam Merdeka.... baru saja bumi bertuah merdeka... 52... selama ini bumi bertuah ku dijajah... berkurun lama.... aderr sesapa kisah... darah pahlawan melayu menyembah bumi... orang sekarang nie memang dah banyak lupa... atau buat-buat lupa.... rakan rakan PhD aku ader yang dari Sudan, Iran, Libya, Oman, Bangladesh.... rata2 sedih dengan keadaan social ekonomi negara mereka..... aku rasa bersyukur bumi bertuah ku tidak di uji seperti mana mereka.... mana yang kebuluran, bunuh-bunuhan,miskin... dan sebagainya.... tapi kini bumi yang ku pijak agak goyah mungkin orang sekarang tak macam orang dulu ..berkorban apa saja.. itulah penting anak-anak kita diceritakan perjuangan nasionalisma semoga menjadi pemimpin insan yang adil menjadi makmum kamil baru bermakna erti merdeka.
Info : dari kuliah Mufti Perak.. tarikh kemerdekaan negara 31 Ogos dari pendapat pandangan Datuk kepada Pak lah .... kata tok mufti orang nyerr hebat.
Malam ini malam kesebelas Ramadhan... beriftar hari nie dirumah Dr Kamarul and Cik Nanna macam biasa Iftar dan Terawih... tapi minggu nie special sikit coz kami ader tamu Tuan Mufti Perak Tan Sri Harusani.... selepas terawih Tuan Mufti pun bertanyakan kami ader aperr nak tanya dari beliau kerr.... Dr Tulang belakang pun memula kan bicara... bertanyakan tentang malam lailatul qadar..... diperjelaskan malam lailatul qadar itu sahaja dirahsiakan dari pengetahuan manusia supaya kita berusaha mencari dan beramal setiap hari Ramadhan... ader pun dalam solat kita lima waktu dirahsiakan solat yang utama/diberi barakah yang mana kita akan diampunkan dosa2..maka disaran supaya kita sembahyang diawal waktu agar kita dapat rahmat tersebut. Tok mufti berbicara lagiee... dirahsiakan diantara kamu wali Allah.... supaya kita berlumba beramal mencapai darjat yang tinggi disisiNya..... soalan seterusnya berkisar sembahyang jamak.... kemudian soalan politik sikit2 heheh nakal gak kenkawan aku nieee dok tanya soalan politik. Saya simpulkan tok mufti mengatakan kedua2 nyer boleh kita sokong selagi ia menjunjung perlembagaan negara berlandaskan Islam sebagai agama rasmi.... dalam suasana tertentu kepentingan umat Islam/melayu harus didahulukan jangan dibenci sesama saudara. Salam merdeka

Thursday, August 27, 2009

Gelora Cinta Ku III - Happy Birthday To You


Happy Birthday to you,
Happy Birthday to you,
Happy Birthday to you my luv,
Happy Birthday to you.
25 August 2010
Adelaide Australia.

Happy birthday, Karmiza Ab Kadir.... waaa semoga ceria2 sokmo....
Papa and NurAisyah Humaira.... sayang ibu......




Hari ini, sudah hari ketujuh kita berpuasa.... syukur alhamdullilah semuanya Ok... Humaira ader demam sikit and runny nose.... Ibu pun demam gak.... aku plak rasa macam nak demam nieeeee...... hahahah malam nie Iftar kat umah.... kiter... so sibuk la berkemas , shopping2x .... hairan nyerr setiap kali kami nak buat makan2 kat umah mesti demam.... sian kat Ibu laa.... ke hulu ke hilir..... tapi ok jerrr.... bila dah jumpa kenkawan baik la demam kami.... tapi esok melepek la plakkkk.... hahahahah....... eeeemmmmm lagiee pun dua minggu lagiee kami nakkkk balikkkk Malaysia.... wawaaa syok nyerrr sempat gak berpuasa di Malaysia..... eeemmmm yaummuyyy2x gulai tempoyak ikan patin..... tak sabar rasa nak naik kapal terbang nieeee....

malam niee ibu dan kenkawan nyerr memasak asam pedas kepala ikan Snapper... wow sure terangkat laaa berbuka hari nieee...... jom Iftar....


Happy Birthday gak kat Pak Ngah Kimi , Mawi world.... huhuuu

Saturday, August 8, 2009

Gelora Cinta Ku II - The National Treasure

Wasiat yang disampaikan semasa Raja-Raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 (Utusan 2009)
  • Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama Malaysia);
  • Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain;
  • Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara;
    Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini;
  • Kami isytiharkan ISLAM adalah Agama Persekutuan;
  • Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU;
  • Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.

Thursday, August 6, 2009

Gelora Cinta Ku

Nisfu Syaaban... menandakan hampir kita melewati tetamu yang paling agung... alhamdullilah jika kita masih lagie dikunjungi nya... Ramadhan..... Gelora cinta ku... bergolak menanti tamu ku ini... tahun kedua aku bersama keluarga berpuasa di bumi Adelaide... walau pun agak pendek waktunya tapi kehangatan nya pasti dirasai.... aku selalunya bersolat terawih di Adelaide mosque kira2 5 ke 10 min saja dari rumah aku...sesekali tukar angin ader juga aku bertandang ke Al Khalil dan Marion Islamic centre...... Gelora cinta ku... memberontak ketika tamu ku seterusnya menantiku di bumi bertuah Malaysia... Syawal... memang rindu yang tiada ungkapan bertemu sanak saudara pasti mencuit hati... jenaka songho mereka pasti membuat si kecil humaira gembira berhari raya di kampung... dengarnya ibu long atuk ngan nenek dah belikan baju untuk humaira dan ibu... aku... ehheheh masih XXL... pakai baju kemeja kain pelekat jerla jawabnya.... Gelora cinta ku... ayah ibu atuk nenek adik2 kakak2 abang2 acik2...mmmm ramai nyerr miss u all... Semoga kita mendapat kejayaan dan rahmatNya....
Gelora cinta kami... hahaa bersilih ganti nampak nya keluarga yang berada di Adelaide ini akan pulang ke Malaysia.... dan ader pula yang bertandang kemari... ader juga diantara kami yang telah tamat pengajian dan akan pulang ke tanah air....begitulah gelora cinta yang membara dihati kita... datang dan pergi... itu lumrah tapi JanjiNya disana datang dan tiada perginya... kekal selamanya.... Amin