Monday, January 19, 2009

Granite Island - Victor Harbor

From Victor Harbor Part II


“Luangkanlah sejenak detik dalam hidup mu…..berikan rindumu pada genting waktu
Luangkanlah sejenak detik dalam sibuk mu…. Dan lihatlah warna kemesraan dan cinta” Letto


Kesempatan berada di Granite Island yang terletak di Victor Harbor,SA. Jambatan atau Causeway dibina untuk menghubungkan tanah besar dan pulau kecil ini. Pulau in telah digezetkan sebagai 'National Park' kerana ia adalah merupakan habitat kepada hampir 700 Little Penguin…. Oleh kerana factor waktu lawatan kali ini tidak memberikan agenda untuk melihat Penguin….. Depa KIV coz nak tengok kat Philiph Island, Melbourne….. tue kene tunggu cerita seterusnya.

Sempoi jer, pulau kecil pun digezetkan sebagai National Park…. So tak banyaklah ‘development’ disini. Konsep ‘Conservation’ adalah penting dalam 'landuse planning' atau perancangan sesebuah Kawasan, Bandar , Negeri dan Negara kerana ia akan memelihara keunikan yang ada secara lebih teratur dan jauh dari ancaman pembangunan dan pencemaran. Selain keunikan alam semula jadi Granite Island juga kaya dengan sejarah ketamadunan dan kebudayaan masyarakat Ngarrindjeri atau kisah lagenda ‘The dreaming legend of Ngurunjeri’.

Dari atas Granite Island kita boleh menikmati pemandangan landskap Victor Harbor, dan pada sudut bertentangan kita akan dihidangkan pemandangan saujana mata memandang kebiruan laut dan langit yang terbentang luas. Kalau nasib anda baik disini juga boleh kelihatan sekawan Ikan Paus berenang kuak lentang.

Sesuai dengan namanya Granite Island kelihatan berbagai rekahan batuan dipinggir sekeliling pantainya….. malahan juga di atas mukabumi pulau ini. Kedapatan juga pelbagai bentuk yang unik hasil dari proses semulajadi, maka batuan ini akan diberi nama malah ada cerita2 dongeng mengenainya…. Ini diistilahkan sebagai ‘Landscape Narrative’ di Malaysia Pulau Langkawi adalah contoh terbaik ‘Landscape Narrative’. Kami tak habis2 merakamkan memori di Pulau indah ini…. Humaira pastinya suka… maklumla angin disini kuat…. Enjoyla si kenit tue….
Antara kemudahan pelancong yang ada disini seperti Viewing Decking , Penguin Centre, Jetty dan Café & Gift shop.

Link : http://www.graniteisland.com.au/

No comments:

Post a Comment