Tuesday, January 20, 2009

Hydrangea - Romantic flower








Hydrangea

Hydrangea bunga yang pastinya menarik minat dan memberi suasana yang romantic ..... Bunga Hydrangea akan mengeluarkan bunganya pada musim bunga atau pertengahan Musim Panas... tidak hairanlah selepas sahaja musim bunga di Australia.... bunga Hydrangea pula akan mendominasi Pulau Kangroo ini. Pohon renek ini amat sesuai sekali ditanam di halaman rumah dan taman2 awam.


Sesi lawatan ke Mount Gambier, singgah di Umpherstone Sinkhole contrast dengan dominasi hijau, Hydrangea warnanya pelbagai sekitar putih, pink, merah kemerahan ada juga kebiruan hinggalah warna ‘putihstar’ (tanya ore kelate) pasti akan memukau pegunjung. Bunganya halus tetapi tersusun berkelompok dan memenuhi rumpunan pokoknya kerana itu lah yang menjadikan ia tampak menawan. Di Umpherstone Sinkhole pohon Hydrangea disusun selari dalam beberapa baris... seolah olah sebuah mini theather. Taman Awam Sinkhole ini menjadi taman rekreasi kepada penduduk tempatan dan juga para pelancong. Selain itu ditaman ini mempunyai tarikan seperti sculpture dan Gift shop.







'Sesungguhnya bandingan kehidupan dunia hanyalah seperti air hujan yang Kami turunkan dari langit, lalu (tumbuhlah dengan suburnya) tanaman-tanaman di bumi dari jenis-jenis yang dimakan oleh manusia dan binatang bercampur-aduk dan berpaut-pautan (pokok-pokok dan pohonnya) dengan sebab air itu hingga apabila bumi itu lengkap sempurna dengan keindahannya dan berhias (dengan bunga-bungaan yang berwarna-warni) dan penduduknya pun menyangka bahawa mereka dapat berbagai-bagai tanaman serta menguasainya (mengambil hasilnya) datanglah perintah Kami menimpakannya dengan bencana pada waktu malam atau pada siang hari lalu Kami jadikan ia hancur-lebur, seolah-olah ia tidak ada sebelum itu. Demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi kaum yang mahu berfikir (dan mengambil iktibar daripadanya)'.


Surah Yunus Ayat 24


No comments:

Post a Comment