Wednesday, July 29, 2009

Tuesday, July 28, 2009

UP DATE - A YEAR IN ADELAIDE

Sedar dan tak sedar... sakit perut, jalan2 makan angin, sakit kaki, tulis journal, pelempang pelempung aku dah setahun kat Sinie.... University South Australia.... Aper kabor weh!!!!
HUHuuhh ada tinggal 2 tahun lagiee.. untuk aku meneruskan usaha2.... gamoknyer deme rase kheh menepati ramalan tak habis dalam 3 tahun.... heheheh mari kita update sepenggal tahun 2008-2009.

1) Research proposal - Tick
2) Research Ethic - Tick
3) 1st Paper Conference CIBW Penang - Tick
4) Poster Conference SOAC , Perth - Tick
5) First Journal - 40% (sebab 4 pages dah heheeeh)
6) Interview Questionnaire - Tick
7) Participants - 30% ( alamak nak kene catch up nieee)
8) Research Chapter - Chapter 1,2,3,4 ( dah dalam kerangka
tambah2 jgn tak tambah).
Supervisor aku setuju dan aku pun hepiiiii...


mmmmm... itulah serba update keje-keje kheh kat sinie.... tahun depan aper program awok :

1) Survey interview / analysis ( harap berjaya la Focus group aku)
2) Survey questionnaire ; nie yang pepalih susah nak buat niee)
3) 2nd Conference paper ( weh ader conference kat New Zealand : http://www.planningpathways2010.com/ moh keter... jaga deme org NZ kome nak sergah deme...
4) 2nd Journal paper
5) added Research Chapter

mmmm.. cukup la kot.. kang tekucil aku.. semoga dianugerahkan kesihatan sihat-sihat sokmo, rajin2 sokmo.... Amin.

Wednesday, July 1, 2009

BUNGA TELANG - Clitoria ternatea




Tersebut ceritanya sebuah kampung mendapat namanya suatu ketika dahulu.... Ayah Cho... anak kampung yang menceritakan kampung tempat kelahiranya bagaimana ia mendapat nama. Tersebut kisahnya terdapat seekor ular yang sangat besar yang mampu menelan aper jua yang melintasi dihadapanya.... akibat perbuatan ular yang suka menelan maka wujudlah perkataan Telan dan diguna pakai Telang atas nama tempat tersebut.
ader lagie pelbagai versi cerita rakyat bagaimana nama ini diguna pakai sebagai nama sesebuah penempatan..... aku pun tak berapa ingat...
Nie mungkin versi aku sendiri... aku andaikan nama tersebut bermula dengan pengunaan komersial bunga Telang didalam masakan tradisional. Bunga Telang ini banyak digunakan didalam masakan untuk mendapatkan warna birunya... khususnya dalam menghasilkan nasi kerabu.... mmmm beshnyer lama dah tak makan....
Balik kampung nanti nak confirmkan.... dan rekod versi...citer2 rakyat niee....
n nak order nasi kerabu..... heheheeh
Dizaman moden ini sukar untuk kita jumpai nama-nama penempatan yang lahir dari persekitaran asal sesebuah kawasan atau penempatan. Dalam ertikata lain nama diberikan oleh pemaju atau pentadbir dan kemudian kawasan diduduki oleh masyarakat. Nama yang dipilih lebih berunsurkan nilai komersial dan canggih bunyinya.

Clitoria ternatea .... Butterfly Pea........Bunga Telang (Wikipedia2009)

Terjumpa info asal usul nama Gemas.....

Alkisahnya 'ada yang mengatakan nama Gemas bermula apabila orang Inggeris berhujah dengan orang tempatan mengenai nama logam. Orang Inggeris menamakan ‘gold’ tetapi penduduk mengatakan ia ‘omeh’ dan gabungan kedua-duanya menjadi Gomeh sebelum ejaannya dimuktamadkan sebagai Gemas'(BHO2009).

'Penduduk tempatan mengatakan ia sebenarnya dinamakan sempena penemuan tempat lombong emas di sebuah gua yang mereka namakan ‘Gomeh’ (gua emas). Apa pun ia sebenarnya berkaitan dengan penemuan logam emas'(BHO2009)